Tanda-tanda Diganggu Makhluk Halus

>> Thursday, May 20, 2010

TANDA-TANDA SEWAKTU TIDUR

1. Sangat susah untuk tidur pada waktu malam, sekalipun dapat tidur ia mengambil masa yang lama.
2. Rasa cemas dan sering terjaga pada waktu malam
3. Mimpi buruk atau mimpi melihat sesuatu yang menakutkan serta memekik untuk meminta pertolongan tetapi tidak sanggup.
4. Mimpi melihat sesuatu yang amat menyeramkan
5. Mimpi melihat binatang seperti ular, kucing, anjng, unta, singa, serigala, dan tikus.
6. Gigi geraham berbunyi pada waktu malam.
7. Perasaan sedih ketika tidur.
8. Berdiri serta berjalan ketika tidur tanpa sedar.
9. Mimpi jatuh dari tempat yang tinggi.
10. Mimpi berada di dalam kubur, tempat pembuangan sampah atau tempat yang mengerikan.
11. Mimpi melihat seseorang yang sangat aneh, seperti sangat tinggi atau sangat pendek.
12. Mimpi melihat hantu.


TANDA-TANDA SEWAKTU SEDAR



1. Kepala selalu pening yang bukan disebabkan oleh penyakit, sakit pada dua mata, telinga, hidung, gigi, tekak atau perut.
2. Selalu lupa perkara ibadah seperti solat, zikir dan lain-lain.
3. Fikiran selalu terganggu atau bercelaru.
4. Selalu lesu dan malas yang bukan disebabkan tabiat.
5. Saraf yang tersumbat.
6. Sakit pada anggota badan yang tidak ada kaitan dengan penyakit zahir atau Hospital tidak dapat mengetahui masalahnya atau tidak sanggup mengubatnya.

2 comments:

Mr. JZ Monday, June 21, 2010 7:13:00 PM  

Slm...saya rasa sy ni salah srg dari ribuan yg agak berpendapat rawatan cara tuan kurang meyakinkan,soryy..!!bukanya semua..maksud sy tentang penyakit yg dikatakan bersangkut-paut dgn jin.
Kenapa kbynyakan perawat yg di katakan islamic teknik selalu menyalahkan bangsa jin jika sakit dan ktika merawat pesakit...adakah anda(perawat) boleh melihat jin...?
Ada sstgh tu yg guna teknik scan jin,apakah kaedah sebegini ada dalam islam.

Mohon sedikit komen dan penjelasan dari tuan blog...slm

Klinik Rawatan Islam Darussyifa` Setiu Wednesday, June 30, 2010 7:27:00 PM  

Waalaikumussalam.
Terima kasih pandangan tuan. kita tidak boleh menafikan bahawa sekelian makhluk halus mempu mengganggu manusia hatta Nabi Muhammad sendiri disihir oleh Labib dengan bantuan makhluk halus.

Untuk pengetahuan tuan. Perawat Darussyifa' tidak ada kaedah scan.tq

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP